Tuesday, December 16, 2008

Warkah Pembaca.

Penulis adalah warga kerja MARA.
-----------------------------------------

Assalamualaikum.

Pertama sekali, saya melahirkan rasa terima kasih kepada pihak yang
terlibat dalam menjayakan laman ini.

Apa yang saya hendak bincangkan disini ialah mengenai sikap segelintir
warga kerja.

Saya juga bukanlah seorang yang emosional serta agresif. Perbincangan ini
adalah dalam nada yang perlahan. Saya berangapan siapa yang boleh menolong
MARA kalau tidak kita (termasuk saya) sendiri. Orang lain tak nak tolong.
Tuhan pun tak nak tolong. Allah berfirman, "aku tak akan mengubah nasib
sesuatu kaum selagi dia tidak berusaha mengubahnya sendiri".

Perasaan dengki juga wujud juga di kalangan warga kerja MARA. Istilah
dengki ini bolehlah diumpamakan sebagai, kalau ada yang berniaga sebagai
penanam sayur, jirannya akan menternak kambing tapi dilepasnya kambing
tersebut, rosak tanaman sayur tadi. Tak jadilah penanam sayur mengusahakan
tanaman sayur, dicubanya menternak ikan air tawar. Jiran yang menternak
kambing tadi bertukar ke perusahaan menternak memerang, tapi dilepaskanya
juga. Walaubagaimanapun, bukan semua warga MARA macam ni, hanya segelintir.
Ada juga yang jujur dan berdedikasi.

Ada juga segelintir yang suka berpeluk tubuh dan megambil jalan mudah. Saya
ibaratkan, orang lain menebas, menerangkan hutan tersebut untuk dibuat
kebun buah-buahan. Hasilnya pula orang lain yang dapat. Apabila ada sifat
malas ini, pelbagai alasan direka. Alasan ini, semuanya logik, namanyapun
alasan. Yang sebenarnya, malas dan nak lari dari masalah/tanggung jawab.

Walaubagaimanapun, untuk MARA terus MARA, tonggak 12 mesti diamalkan...
bila lagi kalau bukan hari ini.... sebelum subuh lagi kita, termasuk saya
dah mulakan.

Wassalam.